Laporan mengenai Pengurusan Sumber Sekolah
1.0
Pengenalan ( https://fayekps3014.blogspot.com/ )
- Pengurusan
dapat didefinisikan sebagai sebuah aktiviti merancang dan pergerakan atau
panduan oleh sesuatu organisasi berkaitan dengan segala cara, prinsip atau
peraturan, tanggungjawab serta tugas-tugas kakitangan (Mohd
Zamuri,2002).
- Negara
kita yang sedang pesat membangun memerlukan rakyat yang berpengetahuan
tinggi untuk maju setanding dengan negara-negara maju di dunia.
- Oleh
itu, Pusat Sumber Sekolah (PSS) sentiasa melakukan penambahbaikan dalam
sistem pendidikan supaya barisan generasi akan datang menjadi lebih
berintelektual.
2.0
Tinjauan Bacaan ( https://patraciagindon-kps3014.blogspot.com/ )
- Pada
era globalisasi kini, sekolah fokus dalam kaedah pendidikan berpusatkan
pelajar. (student-centred learning)
- Sumber
yang ada di sekolah perlu berada dalam keadaan yang sempurna bagi
memastikan strategi pelaksanaan pengurusan sumber dapat meningkatkan
keputusan akademik sekolah.
- Abdul
Rahman (1993) menyatakan bahawa pusat sumber hendaklah memainkan peranan
sebagai ‘the nerve center of the school’ yang menggerakkan dan
mengembangkan kurikulum.
3.0
Objektif Kajian ( https://kellynashanie-kps3014.blogspot.com/ )
- Mengenalpasti
kepentingan pusat sumber di sebuah sekolah.
- Mengetahui
keberkesanan pusat sumber sekolah sebagai pemangkin kecemerlangan
pelajar.
- Mengkaji
peranan pusat sumber sekolah dalam menanam sikap suka membaca dalam kalangan
pelajar.
4.0
Kaedah Kajian ( https://pengurusanpembelajaran01.blogspot.com/ )
- Temu
bual bersama guru yang mengurus pusat sumber di sekolah tersebut.
Soalan-soalan yang telah kami sediakan adalah soalan-soalan berbentuk
berstruktur. Soalan telah disediakan terlebih dahulu dan akan ditanya
mengikut urutan (tiada soalan tambahan akan ditanya semasa temu
bual).
- Pencarian
maklumat tambahan melalui internet telah dilakukan dalam kajian ini.
Mencari artikel-artikel yang berkaitan dengan pengurusan Pusat Sumber
Sekolah (PSS) dan menjadikannya sebagai bahan rujukan dalam menulis kertas
kajian.
- Catatan
lapangan berdasarkan pemerhatian yang dilakukan sepanjang berada di
sekolah tersebut.
5.0
Dapatan Kajian ( https://kps3014pengurusansumbersueswyna.blogspot.com/ )
- Selepas
melawat sekolah dan menjalankan sesi temu bual bersama guru, data yang
telah diperolehi akan dianalisis. Terdapat 3 jenis informasi yang difahami
melalui transkripsi temu bual, pencarian maklumat internet dan dari segi
pemerhatian melalui catatan lapangan.
5.1 Mengenalpasti
kepentingan pusat sumber di sesebuah sekolah
- Tempat
penyimpanan bahan rakaman berbentuk kaset, CD dan dll yang berunsur
pendidikan.
- Fail-fail
lama berkaitan program sekolah yang telah dijalankan masih tersimpan dalam
sudut arkib sebagai rujukan.
- Untuk
menyimpan Alat Bantu Mengajar (ABM) yang diletak di dalam kotak lutsinar.
- Berfungsi
sebagai tempat pelajar belajar menggunakan pelbagai jenis media (majalah,
komputer, dll).
5.2 Mengetahui
keberkesanan pusat sumber sekolah sebagai pemangkin kecemerlangan pelajar
- Jika
PSS dimanfaatkan dengan baik dan sepenuhnya, sesebuah sekolah mampu
menjadi sekolah yang cemerlang.
- Dengan
adanya pelbagai jenis bahan seperti televisyen dan komputer, pelajar dan
guru digalakkan untuk kerap berkunjung ke PSS.
- Pelajar
boleh mengulangkaji pelajaran atau membuat perbincangan berkumpulan di
dalam PSS dengan selesa dan tanpa gangguan.
5.3 Mengenalpasti
peranan pss dalam memupuk semangat membaca dalam pelajar
- Program
yang sentiasa dilaksanakan oleh pihak Pusat Sumber Sekolah setiap tahun
adalah Program NILAM (‘Nadi Ilmu Amalan Membaca’).
- Dilaksanakan
pada tahun 1999 bertujuan untuk menanam sikap suka membaca dalam kalangan
murid.
- Terdapat
banyak lagi program dan aktiviti yang dilakukan, seperti yang dijelaskan
oleh Cikgu B semasa temu bual.
6.0
Perbincangan ( https://pengurusanpembelajaranabigail.blogspot.com/2019/ )
- Setelah
temu bual dijalankan bersama guru yang bertugas dalam mengurus bahan pusat
sumber di sekolah tersebut, terdapat pelbagai proses dan kaedah yang perlu
dilalui dalam mengendalikan sumber sekolah.
- Dari
segi aspek kepentingan, pusat sumber membawa banyak faedah kepada
guru-guru dan para pelajar.
- PSS
membantu mereka untuk melaksanakan sesi P&P yang lebih seronok serta
senang difahami kerana sumber-sumber yang ada mampu menarik minat pelajar
di dalam kelas.
- Hashim
(1981) dan Zulkefli (1992) menyatakan bahawa perpustakaan harus diuruskan
dengan cekap untuk menggalakkan pelajar menggunakan bahan bacaan dengan
berkesan.
- Memainkan
peranan yang penting dalam meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran
pelajar dengan mendapatkan sumber atau bahan yang tepat.
- Kewujudan
PSS juga membolehkan mereka untuk mengulangkaji pelajaran di ruangan yang
kondusif.
- Jelas
sekali, PSS merupakan tempat untuk pelajar memupuk minat terhadap membaca
buku kerana wujudnya pelbagai jenis bahan bacaan yang disediakan oleh
pihak sekolah.
- PSS
menyediakan buku-buku lain seperti kamus, majalah pendidikan dan
bibliografi yang berupaya untuk meningkatkan ilmu pengetahuan murid.
7.0
Rumusan ( https://shirleykps3014.blogspot.com/ )
- Pengurusan
sumber sekolah yang cemerlang dapat memanfaatkan teknologi dan kemampuan
kakitangan sekolah sepenuhnya secara efektif.
- Ini
dapat membantu merangsang potensi pelajar dan menjadikan pengurusan
sekolah menjadi lebih mudah.
- Oleh
itu, pengurusan sumber menjadi keperluan utama sekolah.
8.0
Rujukan
Raja
Rozita Raja Ariff Shah. (2013). Pengurusan pusat sumber sekolah di sekolah
menengah zon bandar Segamat,
Johor (Disertasi Tesis Sarjana). Diperoleh daripada http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwP2/Raja
Rozita Binti Raja Ariff Shah.TP.pdf
Yusof
Boon & Rohaizad Selemin. (2010). Penggunaan pusat sumber sekolah (PSS) dalam pengajaran guru di dua sekolah
menengah kebangsaan di kawasan Skudai (Disertasi Kedoktoran). Diperoleh daripada http://eprints.utm.my/id/eprint/10647/1/Penggunaan_Pusat_Sumber_Sekolah.pdf
Comments
Post a Comment